Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Kelebihan Surah Al-Mulk (Kerajaan)

Monday, April 25, 2011

  • termasuk antara surah-surah Makiyyah (yang diturunkan di Mekah) sesudah Surah Ath-Thuur.
  • mengandungi 30 ayat.
  • dinamakan "Al-Mulk" yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
  • keutamaan surah ini:
Rasulullah SAWmenamakan surah dengan "Al-Maani'ah" (pencegah, penahan dari seksaan). Sabda Rasulullah SAW: "ia adalah surah pencegah yang mencegah pembacanya daripada seksaan kubur".
(Hadith riwayat: An-Nasaa'i. Hadith riwayat: Imam Al-Tirmizi menerusi Ibnu 'Abbas adalah bertaraf hassan)

Sabda Rasulullah SAW: "sesiapa yang pada setiap malam membaca 'Tabaarakalladzi....' (surah Al-Mulk) adalah dia akan dicegah oleh Allah 'Azza wa Jalla dari seksaan kubur".
(Hadith riwayat: An-Nasaa'i menerusi Ibnu Mas'ud)

Sabda Rasulullah SAW: "sesiapa yang membaca 'Tabaarakalladzi....' (surah Al-Mulk) pada setiap malam nescaya ia (surah Al-Mulk) akan datang membela tuannya (pembacanya) daripada azab kubur".
(Hadith riwayat: Al-Qurtubi)

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
"Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari seksaan kubur!"

Marilah kita bersama-sama mengamalkan surah Al-Mulk sebelum tidur supaya mendapat keberkatanNYA. Aminn.


0 comments:

Post a Comment