Apa pendapat korang pasal artis versetail ni?
Pada aku, seorang artis yang versetail adalah mereka yang berkebolehan dalam segala bidang
yakni sangat berbakat. Muka cantik atau jambu saja tak cukup untuk jadi artis, kena lah pandai
berlakon. Jangan lah nanti lakonan tu kayu saja. Mula lah orang cakap drama melayu tak best
lah, boring lah, apa lah. Lagi pulak pandai menyanyi, baru cukup lengkap. Kalau nak
dibandingkan dengan artis luar, contohnya korea, kebanyakkan daripada mereka semua adalah
pelakon dan penyanyi. Ni bukannya nak mengagung-agungkan artis luar mahupun
membandingkan mereka dengan artis negara kita lah, kang ada pulak yang kena halau duduk kat
sana...hehe...cuma nak lontarkan pandangan diri ini pasal artis negara yang perlu ada kualiti.
Contohnya macam kita nak beli barang lah, mesti lah nak cari yang berkualiti, betol tak? Kalau
kita nak beli pisau potong sayur lah contohnya, mesti kita cari spesifik satu pisau pemotong sayur.
Tiba-tiba dalam perjalanan nak cari pisau tu adalah sorang salesman ni jual pisau pemotong sayur
yang juga boleh ditukarkan menjadi gunting. Two in one..so, anda rasa nak pilih yang mana? mesti
lah kita nak yang lebih memberi nilai dan memudahkan kerja kita ye tak. contoh kat sini macam
kita tengok drama lah, punya lah kayu pelakon tu, kita tak faham jalan ceritanya, muka tak da
expression, suara tak da nada dan gaya bahasa langsung...rasa-rasa paham tak dengan cerita tu?
apa dia ni cakap, apa yang dia ni buat? tak nampak sedih langsung, tak menusuk kalbu lah...kalau
cerita korea tu ada yang tengok sampai nangis-nangis...tapi aku tak lah, kawan aku ja..aku nih
bukan minat cita korea pun...wahaha...aku cuma nak tengok cita melayu ja...heeeee....aku
bukannya apa, cuma nak cari keindahan dalam drama atau cerita-cerita yang ditonton...tapi sejak
kebelakangan ini aku akui memang ramai dah artis-artis kita yang berbakat, pandai dah
berlakon..tapi tak la aku kata lama punya artis tak pandai berlakon..huhu...cuma kekurangan
sedikit sahaja disini adalah tidak disertai dengan pakej suara sedap yang pandai
menyanyi...contoh
mereka yang pandai menyanyi dan berlakon adalah otai Tan Sri P.Ramlee, Sudirman, Awie, Ziana Zain, Ella,
Amy Mastura dan
ramai lagi geng-geng diorang nih....cuma bakat baru kini kurang lah sikit....kita nak lah pelapis
diorang nih..huhu...mungkin aku tak pandai sangat nak cakap pasal nih...ni cuma pandangan cetek
aku ja..aku tak belajar seni pun time sekolah, masa sekolah rendah je yang last aku belajar
seni...lepas tu aku dah masuk science stream...so kalu tersalah cakap tu minta maaf lah
yee....heeeee...
0 comments:
Post a Comment